Bahasa Utama:

Sila rujuk ruangan penafian untuk pengunaan bahasa lain.

Bahasa Lain:

arzh-CNjako

Perutusan Pengurus Besar

Selamat Datang

SEDC bertindak sebagai pemangkin bagi menggalakkan pembangunan ekonomi di negeri Sarawak. Ditubuhkan pada tahun 1972 sebagai sebuah agensi milik negeri, SEDC terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi termasuk industri berasaskan pertanian dan makanan, pelancongan dan kerehatan, hartanah, mineral dan perlombongan, serta kerjaraya. Pelaburan tersebut dilakukan sama ada secara langsung oleh Perbadanan atau secara usahasama dengan rakan kongsi asing dan / atau tempatan.

SEDC beroperasi secara komersial walaupun ia adalah sebuah agensi kerajaan. Penekanan diberikan ke atas perancangan dan penilaian yang teliti sebelum sesuatu projek dilaksanakan, bergantung kepada kepakaran dan pengetahuan mengenai persekitaran ekonomi kita bagi memastikan pulangan yang optimum untuk pelaburan dan usaha sama.

Dengan sokongan padu daripada kerajaan dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan lain, kami di SEDC mengalu-alukan cadangan perniagaan dan pelaburan di dalam dan di luar negara. Memandangkan rekod dan pengalaman luas kami dalam pembangunan projek, kami berharap agar penglibatan kami penuh bermakna dalam pembangunan berterusan di Negeri Sarawak dan Malaysia

YBhg. Tuan Haji Soedirman Haji Aini
Pengurus Besar SEDC

TOPIK POPULAR

HUBUNGI KAMI

Tingkat 6-11, Menara SEDC,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
93100, Kuching,
Sarawak.

Tel: +6082-416777
Fax: +6082-424330
E-mel: 
info[at]sedc[dot]my

             E-mel SEDC

 

PAUTAN BERGUNA

  

APLIKASI TALIKHIDMAT

SEDC Sarawak