Bahasa Utama:

Sila rujuk ruangan penafian untuk pengunaan bahasa lain.

Bahasa Lain:

arzh-CNjako

Ternakan

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti ternakan adalah:

PPES TERNAK SDN BHD

PPES Ternak Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).  Mula beroperasi pada tahun 1983 sebagai pembekal utama ternakan dan daging segar di Sarawak.

PPES Ternak telah mengambil alih Ladang Karabungan di Miri, dengan keluasan kira-kira 1,500 ekar dan Pusat Penyembelihan di Bintawa, Kuching.

Aktiviti-aktiviti utama kami adalah:

  • Lembu “feedloting” (penggemukkan)
  • Perkhidmatan rumah penyembelihan
  • Pembiakkan kambing dan rusa
  • Pengeluaran daging segar di seluruh Sarawak

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ppesternak.com.my. Syarikat turut mempunyai ladang lembu di Stesen Rosewood dan Strathmere di Australia.

 


ROSEWOOD STATION PTY LTD

SEDC memiliki syarikat yang berdaftar di Australia di mana ianya sebuah stesen pembiakan lembu seluas 280,000 hektar di Wilayah Utara, Australia; 28,000 ekor lembu; dan 14,711 hektar stesen penggemukkan lembu di Strathmere-Beardie Aggregation, St. George, Queensland, Australia.
 
 
Strathmere-Beardie Aggregiation adalah tempat yang ideal untuk aktiviti-aktiviti menggemukkan lembu dari Stesen Rosewood dan ladang-ladang dari kawasan sekitarnya dengan kapasiti ladang sebanyak 5,000 ekor.
 
 
Selain penggemukkan lembu, tanaman ladang seperti gandum, oat dan “sorgum” turut dihasilkan.

TOPIK POPULAR

HUBUNGI KAMI

Tingkat 6-11, Menara SEDC,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
93100, Kuching,
Sarawak.

Tel: +6082-416777
Fax: +6082-424330
E-mel: 
info[at]sedc[dot]my

             E-mel SEDC

 

PAUTAN BERGUNA

  

APLIKASI TALIKHIDMAT

SEDC Sarawak