Bahasa Utama:

Sila rujuk ruangan penafian untuk pengunaan bahasa lain.

Bahasa Lain:

arzh-CNjako

Integriti, Cara Hidup Kita

Komitmen Pengurusan Ke Arah Integriti

i. Menyemai Benih: Meletakkan Asas

Pengurusan SEDC komited untuk mengukuhkan integriti dalam Perbadanan dan ini dicerminkan oleh Pengerusi semasa yang memberi penekanan terhadap INTEGRITI sebagai salah satu daripada rukun bagi tadbir urus korporat yang baik selepas mengambil tampuk pentadbiran pada Mei 1995.

Sehingga kini, integriti menjadi faktor penentu  dalam pengambilan pekerja baru serta pengesahan dalam jawatan untuk pekerja yang sedia ada.  Antara usaha-usaha dalam menyemai integriti adalah pelancaran Kempen Integriti oleh mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri , YBhg. Datu Taha Arifin pada 4 Januari 1996 dengan tema "Integriti Adalah Asas Kerjaya Anda ".

Kempen Integriti Perbadanan terus diperkukuhkan melalui pelancaran semula Kempen tersebut oleh YAB Ketua Menteri pada 2 September 2004 dengan tema " Integriti, Cara Hidup Kita".

Perbadanan juga menyambut Hari Integriti Nasional serta turut mengambil bahagian dalam pameran Hari Integriti setiap tahun ianya diadakan.  SEDC juga berusaha untuk menerap nilai-nilai murni, khususnya etika perniagaan yang baik dan berintegriti, dan memupuk integriti sebagai satu cara hidup untuk warga kerjanya.  Sebagai pengiktirafan kepada usaha meningkatkan integriti , Perbadanan telah dianugerahkan "Anugerah Cemerlang Etika Perniagaan Malaysia 2008" oleh Menteri Hal Ehwal dan Perdagangan Dalam Negeri pada 11 November 2008.

Anugerah Malaysian Business Ethics Excellence

Menandatangani Perjanjian Integriti dengan Transparency International

ii. Memupuk dan Menyuburkan Pohon Integriti:  Mendalami Integriti

SEDC menyemai dan menghayati nilai integriti melalui strategi-strategi berikut:

  • Ceramah Motivasi

  • Kempen

  • Menerima pakai sistem dan amalan yang baik

  • Pematuhan

  • Penguatkuasaan

  • Sistem tadbir urus

  • Integriti dalam proses tender

Hebahan/Sebaran

Makluman dan aktiviti yang berkaitan dengan nilai integriti disebarkan melalui Berita “Info-Telly” (dalaman), risalah dan juga aktiviti “Staff Get Together” untuk mendapatkan impak yang maksimum dalam mengembang dan mengekalkan nilai integriti sebagai satu nilai yang harus diamalkan di SEDC. Galeri Integriti juga telah didirikan di Tingkat 7, Menara SEDC, di mana kepentingan integriti kepada SEDC  ditekankan.

Info-Telly News (Dalaman)

Galeri Integriti dan Tadbir Urus

Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) / Jawatankuasa Keutuhan dan Tadbir Urus (JKTU)

JKP SEDC telah ditubuhkan pada 28 April 1998 sebagai sebahagian daripada usaha SEDC yang turut dinyatakan dalam pekeliling YAB Perdana Menteri No.1/1998. Pada tahun 2010, JKP telah diganti kepada Jawatankuasa Keutuhan dan Tadbir Urus (JKTU).

Pelan Integriti SEDC

Sejajar dengan Pelan Integriti Nasional, SEDC melancarkan Pelan Integriti SEDC seperti dibawah:

Menuai Hasil

Pihak Pengurusan akan meneruskan usaha untuk memupuk dan menyemaikan rasa tanggungjawab di kalangan warga kerja Perbadanan. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, pengiktirafan dalam bentuk Anugerah Integriti diberikan kepada kakitangan yang telah menunjukkan tahap integriti yang tinggi dalam prestasi tugas dan tanggungjawab mereka.

Hari Integriti SEDC 2015

Menyemai Benih

Untuk mengukuhkan lagi asas integriti di SEDC, Perbadanan akan meneruskan agenda-agenda yang berikut:-

  • Penerapan dan promosi integriti secara berterusan

  • Pengukuhan sistem dan budaya

  • Meningkat dan mengkaji semula prosedur

  • Lebih banyak pengiktirafan dan sambutan

  • Penguatkuasaan disiplin 

 

TOPIK POPULAR

HUBUNGI KAMI

Tingkat 6-11, Menara SEDC,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
93100, Kuching,
Sarawak.

Tel: +6082-416777
Fax: +6082-424330
E-mel: 
info[at]sedc[dot]my

             E-mel SEDC

 

PAUTAN BERGUNA

  

APLIKASI TALIKHIDMAT

SEDC Sarawak