Bahasa Utama:

Sila rujuk ruangan penafian untuk pengunaan bahasa lain.

Bahasa Lain:

arzh-CNjako

Tadbir Urus Korporat

SEDC senantiasa mengekalkan dasar usaha mematuhi amalan tadbir urus korporat yang baik dalam pengurusan aktiviti dan operasinya. Piagam SEDC Tadbir Urus Korporat telah dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Abdul Aziz Husain pada 5 Februari 2001.

Pelancaran Piagam SEDC Tadbir Urus Korporat

Galeri Integriti dan Tadbir Urus SEDC dibuka secara rasmi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada 30 Julai 2013. Galeri tersebut memaparkan perjalanan integriti dan tadbir urus SEDC serta usaha dan inisiatifnya bagi mengukuhkan tadbir urus dan memupuk nilai integriti sejak 1995.

Sistem Tadbir Urus

SEDC telah memperstrukturkan sistem tadbir urus Perbadanan dengan Terma Rujukan Had Kuasa.  Sistem tadbir urus ini diketuai oleh Menteri Yang Bertanggungjawab (YAB Ketua Menteri Sarawak). Ahli Lembaga Pengarah dilantik oleh Menteri Yang Bertanggungjawab dan terdiri daripada pegawai-pegawai yang berikut:-

  • Pengerusi
  • 2 Ahli Rasmi (Setiausaha Kewangan Negeri dan Wakil Perbendaharaan Persekutuan)
  • 8 Ahli Lain (termasuk pegawai tinggi dari Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri)

Lembaga Pengarah bermesyuarat setiap suku tahun.

Bagi membantu Lembaga Pengarah dalam pelaksanaan tugas , Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga ditubuhkan seperti:-

  • Jawatankuasa Lembaga Audit
  • Jawatankuasa Tender, Pelaburan dan Kewangan
  • Jawatankuasa Penubuhan
  • Jawatankuasa Lembaga Risiko

Jawatankuasa-jawatankuasa lain turut dibentuk di peringkat Pengurusan bagi memastikan keputusan yang dibuat secara kolektif, telus dan dimaklumkan.  Ini termasuk yang berikut:-

  • Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (MEM)
  • Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan (GMC)
  • Jawatankuasa Pengurusan Risiko ( RiMU )
  • Jawatankuasa Tindakan Pengurusan (MAC)
  • Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU)

Untuk pengurusan masa yang berkesan, SEDC telah menerima pakai sistem mesyuarat berkalendar.

Sistem Terbuka dan Telus

Untuk meningkatkan ketelusan dan keterbukaan dalam operasinya, SEDC telah menerima pakai Pakatan Integriti dari “Transparency International” sejak 2007.  Ianya digabungkan sebagai sebahagian daripada prosedur tender dan pelantikan perunding.  Penender juga dikehendaki untuk menandatangani Pengisytiharan “Bona Fide” Tawaran / Tender dalam format yang telah diluluskan.

Satu ciri tambahan dalam proses perolehan tender adalah keperluan untuk semua yang terlibat dalam sesi pembukaan tender untuk menandatangani perjanjian kerahsiaan.  Ini merupakan ciri unik perolehan tender SEDC.

Proses dan Prosedur

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan sistem penyampaiannya, versi Pengurusan Dokumen Kualiti ISO Perbadanan telah dinaik taraf kepada ISO 9001:2008. SEDC juga telah mengkajisemula Peraturan Kewangannya untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. 

ISO 9001:2008
Sistem Pengurusan Kualiti

 

Peraturan Kewangan

TOPIK POPULAR

HUBUNGI KAMI

Tingkat 6-11, Menara SEDC,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
93100, Kuching,
Sarawak.

Tel: +6082-416777
Fax: +6082-424330
E-mel: 
info[at]sedc[dot]my

             E-mel SEDC

 

PAUTAN BERGUNA

  

APLIKASI TALIKHIDMAT

SEDC Sarawak