Bahasa Utama:

Sila rujuk ruangan penafian untuk pengunaan bahasa lain.

Bahasa Lain:

arzh-CNjako

Carian

Set Data

Tentang Portal Terbuka Malaysia

Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada. Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

Objektif Data Terbuka:

  • Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
  • Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
  • Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
  • Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
  • Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

(Sumber: laman web rasmi data.gov.my : http://www.data.gov.my)

 

Langkah-Langkah Penggunaan Kod QR

1. Anda perlukan sebuah telefon pintar / tablet yang mempunyai fungsi kamera.
2. Anda perlukan aplikasi Kod QR terinstalasi dalam telefon pintar / tablet anda. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store / Apple Store.
3. Buka aplikasi tersebut dan halakan kamera telefon pintar / tablet anda ke arah Kod QR yang ada di laman ini.
4. Tunggu sehingga aplikasi berjaya mengimbas Kod QR tersebut.
5. Jika berjaya, anda akan dibawa terus ke URL http://www.data.gov.my melalui telefon/tablet anda.

Kod QR data.gov.my

TOPIK POPULAR

HUBUNGI KAMI

Tingkat 6-11, Menara SEDC,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
93100, Kuching,
Sarawak.

Tel: +6082-416777
Fax: +6082-424330
E-mel: 
info[at]sedc[dot]my

             E-mel SEDC

 

PAUTAN BERGUNA

  

APLIKASI TALIKHIDMAT

SEDC Sarawak