BANTUAN PROGRAM GRADUAN KE ARAH KEUSAHAWANAN (GERAK) & BANTUAN PROGRAM USAHAWAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (USTEV)

Program Pilihan
A. GERAK (Graduan Ke Arah Keusahawanan)
  • Fokus kepada siswazah dan lepasan SPM untuk mulakan atau kembangkan perniagaan.
  • Galakkan penyertaan dan kurangkan kebergantungan pada kerja makan gaji.
B. USTEV (Usahawan Teknikal & Vokasional)
  • Fokus kepada lepasan teknikal/vokasional.
  • Tujuan: kembangkan perniagaan berkaitan kemahiran teknikal dan galakkan penyertaan keusahawanan.
 
Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia, menetap & beroperasi di Sarawak.
  • Berumur 18–50 tahun.
  • Jualan tahunan perniagaan tidak melebihi RM300,000.
  • Perniagaan berdaftar (minimum 6 bulan) dan boleh disahkan.
  • Boleh mohon walaupun tidak ada sijil kemahiran, jika menjalankan aktiviti berkaitan kemahiran.
  • Premis perniagaan boleh dari rumah, kedai, sewaan gerai, dll.
 
Aktiviti Perniagaan Layak
  • Pembuatan, pembinaan, pengilangan
  • Komunikasi, automotif, peruncitan, pengangkutan, makanan.
  • Dandanan, jahitan, kraftangan.
  • Lain-lain aktiviti berasaskan rumah.
 
Dokumen Diperlukan
  • Gambar berukuran pasport.
  • Salinan kad pengenalan, SSM, lesen, perjanjian sewa, bil utiliti.
  • Kertas rancangan perniagaan.
  • Gambar premis, produk, dan aktiviti perniagaan.
 
Had Maksima Nilai Bantuan
Kategori Aktiviti Had Maksimum
Pembuatan, pembinaan, pengilangan RM20,000
Komunikasi, automotif, peruncitan, makanan RM16,000
Perkhidmatan am (seperti gunting rambut, dll.) RM12,000
Makanan ringan rumah RM10,000
Kecantikan, jahitan, kraftangan RM8,000
Perniagaan dari rumah lain RM5,000
CLICK HERE TO APPLY!