Bahasa Utama:

Sila rujuk ruangan penafian untuk pengunaan bahasa lain.

Bahasa Lain:

arzh-CNjako

Perutusan Pengurus Besar

Selamat Datang,

SEDC merupakan sebuah agensi kerajaan Sarawak yang telah diamanahkan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan industri di Sarawak. Ditubuhkan pada 1hb Mac 1972, SEDC terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi termasuk industri berasaskan pertanian dan makanan, pelancongan, hospitality dan pembangunan hartanah. Selain itu, ianya terlibat dalam bidang perlombongan dan kerjaraya melalui kaitan dengan kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad. Pelaburan dan perniagaan SEDC dilakukan sama ada secara langsung oleh Perbadanan atau secara usahasama dengan rakan kongsi asing atau tempatan.

Umumnya, SEDC beroperasi secara komersial dalam menentukan perniagaan dan pelaburan mencapai objektif tertentu. Penekanan diberikan ke atas perancangan dan penilaian yang teliti sebelum sesuatu projek dilaksanakan, bagi memastikan pulangan yang optimum untuk pelaburan dan usahasama, berpandukan kepada nilai dan prinsip integrity serta tadbir-urus korporat SEDC.

Dengan sokongan padu daripada kerajaan dan kerjasama yang rapat daripada agensi-agensi lain, kami di SEDC mengalu-alukan cadangan perniagaan dan pelaburan di dalam dan di luar negara. Semoga usaha bersama kita dapat memberi impak positif dan bermakna dalam pembangunan berterusan di Sarawak.

Tuan Haji Abdul Hadi Datuk Haji Abdul Kadir
Pengurus Besar SEDC

TOPIK POPULAR

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak,
Menara SEDC, Lot 2878,
The Isthmus, Off Jalan Bako,
93050, Kuching,
Sarawak.

Tel: +6082-551555
Fax: +6082-551222
E-mel: info[at]sedc[dot]my

             E-mel SEDC

 

PAUTAN BERGUNA

  

APLIKASI TALIKHIDMAT

© 2016 Perbadanan Pembangunan Economi Sarawak. Hak Cipta Terpelihara. Rekaan oleh Webmaster SEDC

Back To Mainpage