Penglibatan SEDC dalam industri mineral dan perlombongan telah bermula pada tahun 1980-an dengan penubuhan sektor yang khusus untuk mengendali dan menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi operasi kuari secara amnya dan pengeluaran pracampuran.
Kuari yang terlibat adalah Kuari Stabar, Kuari Bukit Akud dan Penkuari di bahagian Kuching dan Kuari Sebuyau di bahagian Samarahan, manakala terdapat tiga kilang pracampuran di Kuching, Sibu dan Miri. Bagi melengkapkan aktiviti-aktiviti ini, sektor ini juga membekalkan bahan-bahan binaan seperti paip dan bahagian-bahagian mesin.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan diuruskan oleh syarikat-syarikat bersekutu dalam kumpulan Cahaya Mata Sarawak Berhad iaitu:-
Kuari
Premix
Perdagangan