Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak
"PROSPERING SARAWAK TODAY FOR TOMORROW"
Pengangkutan
Demi mencapai hasrat untuk menjadi sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030, sistem pengangkutan yang cekap amat penting dalam meningkatkan produktiviti dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Sarawak Metro, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, bakal memainkan peranan utama dalam transformasi sistem pengangkutan awam Sarawak melalui projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS). Projek ini bukan sahaja akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuching, malah ia dijangka akan merangsang pertumbuhan ekonomi.
Sarawak Metro komited dan sedang dalam proses mewujudkan sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap. Melalui penggunaan kenderaan emisi sifar yang mesra alam seperti Autonomous Rapid Transit (ART) serta bas sel bahan api hidrogen, matlamat Sarawak Metro adalah untuk menyahkarbonkan sektor pengangkutan awam di Sarawak dan menyumbang kepada kejayaan Agenda Hidrogen Hijau Sarawak.
Di samping mentransformasi sistem pengangkutan awam, Sarawak Metro juga berhasrat untuk memberikan nafas baru kepada kawasan bandar melalui projek pembangunan berorientasikan transit atau transit-oriented development (TOD).
Projek KUTS Fasa 1 merangkumi pembinaan Laluan Biru sepanjang 27.6km yang menghubungkan Rembus di Kota Samarahan dengan Hikmah Exchange di pusat bandar raya Kuching. Ia juga melibatkan pembinaan Laluan Merah sepanjang 12.3km (Kuching Sentral – Pending) dan Laluan Hijau sepanjang 30km (Pending – Damai Central).
Untuk maklumat lanjut, layari www.mysarawakmetro.com