SKIM PEMBIAYAAN KONTRAKTOR KECIL BUMIPUTERA (SPKB)

Objektif

Untuk membantu kontraktor Bumiputera mendapatkan dana bagi membiayai projek pembinaan dan untuk mengalakkan penglibatan mereka di dalam sektor pembinaan di Sarawak

Skop

Pinjaman untuk modal kerja untuk kontrak kerja di dalam industry pembinaan

 

Kumpulan Sasaran

Kontraktor Bumiputera Sarawak (Sarawak Ordinan), berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor & Juruperunding (UPKJ) Kelas F, Ex atau E dalam kerja pembinaan.

Kelayakkan

  1. Mempunyai Surat Tawaran daripada Kementerian/ Jabatan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Agensi Kerajaan
  2. Kontrak jangka pendek sehingga 6 bulan
  3. Kontraktor tidak mempunyai sebarang rekod buruk dalam system CORRIS

 

Nilai Kontrak

Daripada RM20,000.00 sehingga RM350,000.00.

 

Had Pinjaman

Maksimum RM200,000.00 atau 80% daripada jumlah kontrak, mana-mana yang paling rendah

 

Kadar Faedah

4%

 

Tempoh Pinjaman

Sehingga 1 tahun

 

Cagaran

Melalui menandatangani “Deed of Assignment (DOA)” dengan pemilik projek (Kementerian/ Jabatan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Agensi Kerajaan) sebagai jaminan kepada pinjaman.

 

Kaedah Pembayaran

Kementerian/ Jabatan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab akan membuat bayaran kontrak kerja kepada SEDC untuk ditolak jumlah pinjaman bersama kadar faedah dan baki akan dibayar kepada kontraktor

 

KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON!